Walaupun teknologi pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan yang penting dalam sistem pengajaran di peringkat sekolah, namun ramai juga yang mengalami masalah terhadap isu ini. Antara masalah-masalah yang dihadapi ialah guru yang kurang menggunakan komputer untuk membantu P&P akan mengalami kekangan untuk menghabiskan silibus mereka. Ini kerana mereka perlu menggunakan internet dan memerlukan masa yang lama untuk dilayari dan diakses walaupun sikap mereka bersedia menggunakan komputer dalam pengajaran. Mereka juga kurang mahir dalam penggunaan teknologi yang pelbagai pada masa kini. Dengan itu, mereka memerlukan satu jangka masa yang panjang untuk belajar mengendalikan teknologi tersebut dan ini amat membuang masa bagi pengajar yang telah berusia.
Guru-guru yang mengamalkan sistem pengajaran tradisional kebanyakkannya tidak dapat menerima kewujudan teknologi dalam pendidikan. Ini kerana mereka telah biasa menggunakan sistem pagajaran yang tradisional seperti menggunakan papan hitam untuk mengajar, kertas mahjong dan bahan bantu mengajar yang tidak berasaskan teknologi. Jika mereka digalakkan untuk memahirkan pengendalian teknologi tersebut, ia memerlukan satu jangka masa yang lama kerana mereka perlu menghadiri kursus-kursus yang berkaitan dengan peningkatan diri dalam penggunaan teknologi pengajaran dan pembelajaran. Cara ini juga bukan seratus peratus berjaya kerana guru yang telah sebati dengan kaedah tradisional adalah amatlah sukar untuk membuat penyesuaian dengan teknologi instruksional.
Selain itu, kos juga menjadi satu masalah di negara kita. Oleh kerana harga perkakasan tersebut adalah tinggi dan tidak mudah diperolehi di negara kita, maka kebanyakkan sekolah tidak mampu mengeluarkan kos yang banyak untuk mendapatkan perkakasan tersebut. Hanya segelintir sekolah yang mampu memperolehinya seperti sekolah-sekolah yeng terletak di Bandar manakala sekolah yang terletak di luar bandar adalah kurang berpeluang untuk memilikinya. Mungkin juga pihak sekolah telah mempunyai perkakasan tersebut tetapi disebabkan telah lama digunakan peralatan tersebut telah rosak dan pihak sekolah tidak membuat pembaikan terhadap peralatan tersebut.
Sebagai tambahan, masalah yang dihadapi sekarang ialah walaupun kini kebanyakkan bilik darjah telah dipasang dengan LCD Projector, tetapi kebanyakkan guru tidak mahir dalam penggunaannya. Ketika mereka menggunakan peralatan tersebut untuk membuat pengajaran dalam kelas, mereka memerlukan masa yang lama untuk menyambungkan kabel di antara laptop dengan LCD Projector. Dalam masa penyambungan peralatan itu, dengan nyatanya mereka telah menghabiskan masa mereka dan objektif pengajaran pada hari tersebut tidak akan tercapai. Masalah ini akan menyebabkan pelajar merasa bosan dan tidak dapat menumpukan perhatian mereka dalam kelas. Bagi sekolah yang kekurangan kos, mereka mungkin hanya mempunyai OHP di makmal atau di bilik tayangan. Jika guru ingin membuat pengajaran dengan menggunakan alat tersebut, pelajar terpaksa bergerak ke bilik-bilik tertentu untuk meneruskan sesi pembelajaran mereka. Ini juga akan membuang masa mereka kerana kemungkina jarak antara bilik darjah dengan makmal adalah jauh.
Masalah yang kerap berlaku di sekolah ialah peralatan teknologi selalu dirosakkan oleh pelajar yang tidak bertanggungjawab. Ini boleh dikatakan sebagai satu kes vandalism di mana pelajar pelajar suka merosakkan peralatan-peralatan awam di kawasan sekolah mahupun di tampat-tempat awam. Masalah ini menjadi semakin berleluasa dan bilangan kes adalah semakin meningkat dari semasa ke semasa. Guru-guru harus mengambil tindakan terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab dan memberikan dendaan yang sepatutnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Perak State Volleyball Players
What do you think about PKPGB ?
Make your own Glitter Graphics
Memang benar seperti artikel tersebut.walaupun kita berada di abad borderless world, terdapat lagi guru-guru yang fobia dengan penggunaan IT.
ReplyDeleteMereka perlu diberi bimbingan.